November 20, 2010

Broga Hill, Semenyih.


Hey guys, hari jumaat haritu MrPolie dgreat tu ajak aku g Broga, aku pon ape lagi. memang syok ah on je. yelaa dari duk umah aku tak buat ape, baik aku join, then dapat ah ilmu sikit-sikit. so malam tadi, hujan lebat pulak. abg polie ambi aku kat umah kul 1.40 a.m. perghh gua dah suruh amik kul 2, semangat sangat jer nak datang awal2. dahlah tengah hujan lebat. memang sejok doh. then, pastu g amik abg izzam kat pandah indah then kitorang kumpul semua orang kat petronas semenyih..


kitorang sampai dalam 4.40 pagi camtu ah. then terus naik bukit tu. perghh tak warming up plak tuh. haila hua. ade gak ah yang pancit. aku pancit 3 kali. ahaha cam nak muntah doh pening gila. nasib baik tu pagi buta lagi tak nampak sangat if toleh belakang nampak cerun menjunam. ishh lahaii.. aku dengan mandi peluh bagai wey. sumpah tak pernah macamni before this kalau naik bukit. penat lelah aku. haila hua. hanya tuhan jela tahu macamana penat nye wey. then azan subuh berkumandang kitorang dah sampai kat puncak, tapi section 1. ade lagi 3 section kat atas. ahaa. dah lepak semua kat section 1, aku g lah join abang lain sampai section 3 je kitorang pergi. nak naik last section aku dah tak larat. semua dah pancit.


aku taktahu lah ni puncak ke berapa. hailaa hua. tapi dia punya view memang superb nice kan wey? whoaaa. berbaloi penat lelah aku naik broga hill ni. tapi, aku tak amik banyak sangat gambar pon sebab aku penat. so macam aku menikmati pemandangan dengan mata aku je. so aku kelip mata aku aku snap pemandangan then simpan dalam hati :') hihihi.


so yeah, ni abang gee. haha so aku belajar ah sikit sikit basic camera. memang pening wey. hailaa hua. tapi takpe ah, aku akan praktikkan ape yang dia ajar. ouh yeah!


ni nak turun dah. curam kan? memang pergh kalau tergolek alahai. taktahu lah doh. aku pon ade terbayang kalau aku jatuh, sebab time tu aku punya kaki dah mengigil. sumpah wey tak tipu kaki aku mengigil tengok cerun ni. tak landai langsung. hailaa hua.


mase turun tu, singgah la kejap tempat photoshoot pre-wedding sheikh muzaphar nd dr halina. haha tempat dia cun kan? haha tapi tak syok sebab buaian tinggi. nak duduk tu kena mintak tolong someone lah kan if nak naik. hahaha tapi harini memang superb best wey! sangat-sangat best harini. thank you to abg polie sebab invite aku join, nd to fotomedia malaysia team. you guys otaii. itu yang penting. :)


BROGA HILL! jejak jugak kaki aku kat sana. hikhik :')