mendengar itu bukan setakat hanya mendengar dan ulang semula, tetapi mendengar itu harus diiringi dengan fokus dan kesungguhan terhadap apa yang didengar oleh partner. Bagaimana kita dapat memberi reaksi jika kita tidak mendengar? Kalau apa yang diluahkan oleh partner kita itu adalah masalahnya, bagaimana kita mahu membantu menyelesaikannya jika kita tidak mendengar?
Titik kehancuran sesuatu perhubungan atau anak moden kini menyebutnya relationship ialah apabila salah seorang daripada 2 manusia itu tidak mendengar. Sudahlah tidak mendengar, mahu pula terus bercakap dan mengharapkan partner nya terus mendengar. Habis, kehancuran relationship bakal tiba. Hanya kerana salah seorang tidak mendengar atau kata lain, tidak fokus. Chemistry tidak akan tercipta lagi. Yang diusahakan bakal runtuh. Keserasian itu akan pudar. Kepala ngam tidak kelihatan lagi. Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kehebatan chemistry mereka.
Kerana manusia yang tidak didengari itu, tidak lagi merasakan kewujudan partner-nya. Kerana salah seorang daripada mereka tidak lagi tahu apa fungsi perhubungan itu. Jadi dengarlah, jika antara kawan-kawan yang kita suka sedang memiliki apa-apa perhubungan sekarang, gunakan pancaindera untuk react pada pasangan, kerana aku percaya pasangan kamu akan rasa dihargai. Malah, seorang hamba pun mengharapkan doanya didengari Tuhan.
Tak usah dibayangkan chemistry yang indah, jika tidak mendengar.
Tak usah diucapkan kata cinta, jika tidak mendengar.
Tak usah dirancangakan masa depan, jika tidak mendengar.
Tak usah dirasakan lafaznya penyatuan, jika tidak mendengar.
Tak usah direncanakan kebahagiaan, jika tidak mendengar.
"Aku tahu kamu sedang membaca ini. Aku tulis kerana kamu tidak mendengar, jadi aku mahu matamu membaca ini agar segala apa yang ingin aku katakan, sampai padamu. Kerana kamu tidak mendengar dan kamu lupa bahawa 'mendengar' itu perkara penting" Z-A